Insuran Kemalangan Berkelompok

Group Personal Accident atau Insuran kemalangan berkelompok adalah satu pakej insuran kemalangan yang direka khas untuk melindungi sekumpulan pekerja atau pelajar dari apa jua jenis kemalangan.

Kategori Risiko yang dilindungi:

  1. Jangka pendek – sesuai untuk kumpulan yang menghadiri aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau mengembara atau apa-apa aktiviti jangka pendek.
  2. Sekolah Рmelindungi para pelajar di peringkat tadika, sekolah rendah  serta menengah dan tidak lupa juga untuk keselamatan pelajar yang pergi ke tuisyen.
  3. Universiti – melindungi pelajar-pelajar kolej dan universiti tidak kira dalam atau luar negara.
  4. Pekerja – melindungi aset paling berharga, iaitu pekerja anda.
  5. Custom-made – menyediakan pakej mengikut kemahuan dan kehendak anda.

Manfaat-manfaat yang disediakan:

  1. Kematian akibat kemalangan dan hilang upaya.
  2. Ganti balik perubatan akibat kemalangan.
  3. Kecacatan akibat kemalangan.
  4. Ganti rugi mingguan (dengan MC)
  5. Elaun hospital harian.
  6. Manfaat pembedahan.
  7. Yuran laporan perubatan dan ambulan.
  8. Pembelian kerusi roda dan anggota badan palsu.
  9. Pemindahan perubatan kecemasan dan repatriasi.
  10. Khairat kematian.

 

Bagi syarikat-syarikat, sekolah-sekolah, instistusi-institusi mahupun kelab-kelab yang mahu mendapatkan insuran kemalangan berkelompok ini boleh hantarkan email atau telefon kepada no yang tertera disebelah.