Perlindungan Hayat dan Hibah

20130908-213303.jpg
Adakah anda sedang mencari-cari pelan takaful/insuran sebagai exit-strategy atau estate-planning?

Anda mungkin pernah berfikir bagaimana nasib isteri dan anak-anak sekiranya anda sudah tiada lagi.

Ingin meninggalkan harta belum ada lagi kerana semua masih dalam hutang. Empunya adalah bank. Maka apabila anda sudah tiada lagi mungkin tidak meninggalkan apa-apa pada mereka.

Jika rumah sudah ada MRTA dan pinjaman peribadi sudah ada insuran mungkin ringan sedikit kepala. Tapi bagaimana hendak pastikan isteri dan anak-anak mendapat yang sepatutnya.

Jadi, disini saya ingin berkongsi tentang hibah kepada anda. Hibah atau bermaksud hadiah dalam bahasa melayu adalah kelebihan yg diberikan kepada anda dari awal semasa pelan perlindungan ini dimulakan.

Sebagai contoh, anda inginkan jumlah sebanyak RM500,000 utk dihadiahkan kepada isteri dan anak-anak, anda hanya perlu mengisi bahagian hibah dan ini tidak tertakluk oleh sistem faraid.

Jadi ia bukan sahaja tertakluk kepada keluarga, bahkan ia membolehkan anda untuk mewarisi sedikit peninggalan kepada anak angkat, syarikat-syarikat, tabung yayasan mahupun anak-anak yatim.

Jadi berapakah jumlah yang anda perlukan? Untuk pengetahuan anda, jumlah yang diperlukan adalah bergantung kepada anda sendiri terutamanya dari segi kewangan. Adakah anda dari segi kewangan mampu untuk mendapatkan jumlah perlindungan sebanyak RM1juta? RM2juta atau RM500k

Bagaimana? Apa pendapat anda? Sila hubungi saya pada cara yg ada disebelah (dibawah jika anda menggunakan mod mobile) jika anda memerlukan penerangan lanjut.