Pelan Kemalangan Keluarga: 1 Keluarga 1 Polisi

Anda sedang berjimat? Dan sedang menyusun semula pelan-pelan insuran anda, untuk melihat apa yang boleh dipotong bagi menjimatkan perbelanjaan bulanan/tahunan anda?

Bagaimana jika ada pelan yang mempunyai nilai perlindungan dengan anggaran RM500,000 untuk keluarga anda pada kadar bayaran sebanyak RM435 setahun? Berminat? Jika ya, sila teruskan bacaan anda…..

Pertama sekali, kita perlu tahu maksud kemalangan terlebih dahulu bagi melihat bagaimana komprehensif perlindungan yang ditawarkan.

  • Tidak semestinya kecederaan luaran.
  • Menyedut gas beracun ataupun lemas
  • Keracunan makanan
  • Gigitan ular dan serangga
  • Mabuk
  • Dari permainan mahupun sukan
  • Dibunuh atau dirompak.
  • Rusuhan dan kekecohan awam
  • Kebakaran
  • Menunggang motosikal
  • Kejadian alam semula jadi

Jadi disini saya ingin memperkenalkan pelan kemalangan yang menyeluruh termasuk melindungi isteri dan anak-anak anda. Contoh adalah seperti berikut:

Ahmad dan isteri mempunya 3 orang anak, dan beliau berpendapat di kala kehidupan yang diluar jangkaan, beliau memerlukan pelan kemalangan yang lengkap dan murah untuk beliau dan keluarga beliau. Jadi beliau memilih 1 Keluarga 1 Polisi dan mendapat nilai perlindungan seperti berikut:

Ahmad:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM100,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM5,000
  • Elaun hilang upaya setiap tahun (max 10thn): RM10,000
  • Waiver

Isteri:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM100,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM5,000

Anak pertama:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM25,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM2,500

Anak kedua:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM25,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM2,500

Anak ketiga:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM25,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM2,500

 

Dengan nilai perlindungan seperti diatas, kos yang perlu ditanggung oleh Ahmad adalah RM435 sahaja atau bersamaan RM36.25 sebulan. (Duti Setem RM10 perlu dibayar bagi polisi kemalangan).

Maksud-maksud faedah:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: Jika anda / pasangan / anak anda mengalami kecederaan akibat kemalangan dan mengalami salah satu sama ada kehilangan anggota atau hilang upaya menyeluruh dan kekal, sejumlah amaun perlindungan seperti tertera akan dibayar.
  • Faedah kematian akibat kemalangan: Jika anda / pasangan / anak anda mengalami kecederaan akibat kemalangan dan mengalami kehilangan nyawa dalam tempoh 365 hari dari berlaku kemalangan, jumlah amaun perlindungan seperti tertera akan dibayar.
  • Faedah pembayaran balik perubatan: Anda akan dibayar balik untuk perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda / pasangan / anak sehingga jumlah seperti yang tertera.
  • Elaun hilang upaya: Selain dari bayaran untuk faedah kehidupan, anda akan menerima amaun perlindungan seperti yang tertera setiap tahun selama maksimum 10 tahun jika mengalami perkara seperti hilang upaya menyeluruh dan kekal, buta kedua-dua / satu mata, hilang upaya pertuturan dan pendengaran, kehilangan keupayaan dua / satu kaki / tangan, ketaksiuman yang kekal dan lumpuh menyeluruh.
  • Waiver: Setelah pembayaran faedah kematian akibat kemalangan atau faedah kehidupan akibat kemalangan, bayaran premium akan datang akan dikecualikan ke atas pasangan / anak anda.

Tambahan manfaat:

  • Bonus pembaharuan: Jika anda memperbaharui pelan kemalangan keluarga ini, polisi anda akan menerima 5% bonus pembaharuan keatas amaun faedah kehidupan akibat kemalangan sehingga maksimum RM300,000 atau lapan tahun polisi.

Siapa yang layak memohon:

  • Pemunya polisi / pasangan: umur dari 16 ke 70 tahun dan daripada kelas pekerjaan 1 – 4. Boleh diperbaharui sehingga 75 tahun.
  • Anak: 1 bulan – 18 tahun dan boleh diperbaharuai sehingga 23 tahun dengan syarat belum berkahwin dan belum bekerja.

Tempoh menunggu:

Tempoh menunggu adalah selama 12 bulan dari tarikh kemalangan bagi sebarang bayaran faedah seperti:

  • Hilang anggota seperti di bawah faedah kehidupan akibat kemalangan (kecuali kehilangan satu / dua kaki / tangan, pemendekan kaki atau patah kaki)
  • Hilang upaya menyeluruh dan kekal
  • Elaun hilang upaya

Jika anda juga mahukan pelan kemalangan keluarga seperti Ahmad, sila hubungi saya melalui email, whatsapp atau Telegram.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...