Tag Archives: AIA Bhd

Insuran Hayat Bertempoh

Pernahkah anda merasakan insuran hayat tidak diperlukan kerana terlalu mahal dan tidak diperlukan kerana ada lagi yang penting perlu anda utamakan. Tapi dari sudut hati anda rasakan insuran hayat ini penting. Ubahlah persepsi anda dengan insuran hayat bertempoh ini. Ia menawarkan anda pelbagai pelan untuk memenuhi matlamat perlindungan anda yang bersesuaian dengan tempoh dan bajet yang berpatutan.

Jenis-Jenis Pelan:

  • Level Term – Perlindungan sehingga umur tertentu seperti untuk tempoh 10, 15, 20, 25 tahun atau matang pada umur 55, 60, 65, 70, 75, 80 tahun.
  • 5-year term – Perlindungan untuk jangka masa tetap selama 5 tahun dengan pilihan untuk perbaharui pada tempoh tamat. Maksimum umur 70 tahun.

Soalan-Soalan Yang Kerap Ditanya:

Q: Umur minimum dan maksimum penyertaan?
A: Minimum 16 tahun dan maksimum 65 tahun.

Q: Jumlah minimum dan maksimum insuran?
A: Minimum RM25,000 dan maksimum tertakluk kepada syarikat

Q: Adakah dijamin untuk perbaharui?
A: Ya, tapi tidak boleh kurang dari RM25,000

Q: Adakah premium terjamin?
A: Ya, ia terjamin.

Q: Apakah ada yuran dan caj yang perlu dibayar?
A: Tidak, selain premium tiada yuran dan caj lain yang perlu dibayar

Q: Contoh premium?
A:

Bagi level term untuk 15 tahun dengan jumlah perlindungan RM100,000 untuk Lelaki, umur 35 tahun, merokok dan pekerjaan kelas 1 atau 2 adalah RM373 setahun atau RM96.05 setiap 3 bulan.

Bagi 5-year term dengan jumlah perlindungan RM100,000 untuk lelaki, umur 35 tahun, merokok dan pekerjaan kelas 1 atau 2 adalah RM250 setahun atau RM128.75 setengah tahun.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan sebutharga untuk anda pula, sekiranya ingin berjimat dimasa ekonomi yang tidak menentu sekarang. Hanya hantarkan nama, tarikh lahir, pekerjaan dan status merokok ke:

 

Pelan Perlindungan Kanser

cara-mudah-mencapai-cita-cita-finansial-keluarga-anda

Pada tahun 2014, kanser telah mengambil alih penyakit jantung sebagai penyakit pembunuh no 1 di Malaysia. Dan kanser masih salah satu dari 5 penyebab utama kematian di Malaysia.

Perkembangan bidang perubatan masa kini membawa berita yang baik dimana peluang anda untuk pulih sepenuhnya daripada kanser adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ini kerana pengesanan kanser pada peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa dan fakta menunjukkan 95% kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

Jadi Pelan Perlindungan Kanser telah dicipta bagi mempersiapkan kita dari segi kewangan sekiranya perkara berkait penyakit kanser berlaku. Antara manfaat yang disediakan didalam pelan ini adalah:

  1. Perlindungan kanser peringkat awal
    • Pembayaran 30% dari jumlah dilindungi sekiranya disahkan mengalami:
      • karsinoma-in-situ
      • kanser prostat awal
      • kanser tiriod awal
      • kanser pundi awal
      • Leukemia Limfositik Kronik Awal
    • Bayaran pemulihan: 10% dari nilai dilindungi pada bulan ke-6 dan ke-12 dari tarikh disahkan mengidap penyakit kanser peringkat awal.
    • Manfaat set semula: Jumlah Dilindungi akan diset semula kepada 100% selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal.
  2. Perlindungan Kanser
    • Bayaran 100% dari jumlah dilindungi.
    • Bayaran lanjutan tambahan: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser dan setiap tahun selama 5 tahun.
  3. Pembayaran pada tempoh matang: bayaran sebanyak 100% dari jumlah dilindungi pada tarikh matang sijil.
  4. Manfaat kematian: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi atau Nilai Serahan, mana-mana yang lebih tinggi. Namun sekiranya kematian berlaku pada 2 tahun awal sijil bukan disebabkan oleh kemalangan, maka hanya jumlah sumbangan yang akan dipulangkan.

Soalan yang kerap ditanya:

  • Umur penyertaan?: Pelan ini disediakan untuk individu berumur di antara 14 hari dan 60 tahun.
  • Tempoh perlindungan?: Pelan ini menyediakan perlindungan sehingga umur 80.
  • Jumlah perlindungan minimum?: Jumlah Dilindungi minimum ialah RM 50,000. Terdapat 6 jenis pelan perlindungan yang boleh didapati, setiap unit bersamaan dengan Jumlah Dilindungi sebanyak RM 50,000.
  • Adakah caruman akan meningkat?: Kadar Caruman adalah tetap dan berdasarkan umur semasa pelan dikeluarkan

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengetahui berapa kadar caruman untuk pelan ini, sila hubungi saya melalui pelbagai cara seperti di sebelah.

Manfaat Pekerja – Hospital dan Klinik Berkelompok

image

 

 

 

 

 

 

Pekerja adalah merupakan penggerak di belakang perniagaan dan sebagai majikan yang bertanggungjawap adalah penting bagi majikan untuk melabur dalam kesejahteraan mereka. Melaburlah dalam pelan kesihatan berkelompok bagi memastikan kebajikan pekerja dijaga dengan baik.

Pelan ini direka khas bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana terutamanya untuk 5 – 150 orang pekerja.

Mengapa pelan ini:

  • Direka khas untuk perusahaan kecil dan sederhana.
  • Akses kepada penjagaan perubatan tanpa bayaran tunai bagi pesakit luar.
  • Pengeluaran surat jaminan untuk kemasukkan ke hospital.
  • Rangkaian penyedia perubatan di seluruh negara.
  • 24 Jam pusat panggilan – hanya satu panggilan.
  • Reka bentuk plan yang fleksibel

Untuk mendapatkan sebutharga, sila hantarkan email kepada saya di rafi@takafulandinsurance.com. Saya akan menyediakan sebutharga mengikut bajet yang sesuai dengan syarikat anda.