Tag Archives: AIA Takaful

Pelan Perlindungan Kanser

cara-mudah-mencapai-cita-cita-finansial-keluarga-anda

Pada tahun 2014, kanser telah mengambil alih penyakit jantung sebagai penyakit pembunuh no 1 di Malaysia. Dan kanser masih salah satu dari 5 penyebab utama kematian di Malaysia.

Perkembangan bidang perubatan masa kini membawa berita yang baik dimana peluang anda untuk pulih sepenuhnya daripada kanser adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ini kerana pengesanan kanser pada peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa dan fakta menunjukkan 95% kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

Jadi Pelan Perlindungan Kanser telah dicipta bagi mempersiapkan kita dari segi kewangan sekiranya perkara berkait penyakit kanser berlaku. Antara manfaat yang disediakan didalam pelan ini adalah:

  1. Perlindungan kanser peringkat awal
    • Pembayaran 30% dari jumlah dilindungi sekiranya disahkan mengalami:
      • karsinoma-in-situ
      • kanser prostat awal
      • kanser tiriod awal
      • kanser pundi awal
      • Leukemia Limfositik Kronik Awal
    • Bayaran pemulihan: 10% dari nilai dilindungi pada bulan ke-6 dan ke-12 dari tarikh disahkan mengidap penyakit kanser peringkat awal.
    • Manfaat set semula: Jumlah Dilindungi akan diset semula kepada 100% selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal.
  2. Perlindungan Kanser
    • Bayaran 100% dari jumlah dilindungi.
    • Bayaran lanjutan tambahan: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser dan setiap tahun selama 5 tahun.
  3. Pembayaran pada tempoh matang: bayaran sebanyak 100% dari jumlah dilindungi pada tarikh matang sijil.
  4. Manfaat kematian: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi atau Nilai Serahan, mana-mana yang lebih tinggi. Namun sekiranya kematian berlaku pada 2 tahun awal sijil bukan disebabkan oleh kemalangan, maka hanya jumlah sumbangan yang akan dipulangkan.

Soalan yang kerap ditanya:

  • Umur penyertaan?: Pelan ini disediakan untuk individu berumur di antara 14 hari dan 60 tahun.
  • Tempoh perlindungan?: Pelan ini menyediakan perlindungan sehingga umur 80.
  • Jumlah perlindungan minimum?: Jumlah Dilindungi minimum ialah RM 50,000. Terdapat 6 jenis pelan perlindungan yang boleh didapati, setiap unit bersamaan dengan Jumlah Dilindungi sebanyak RM 50,000.
  • Adakah caruman akan meningkat?: Kadar Caruman adalah tetap dan berdasarkan umur semasa pelan dikeluarkan

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengetahui berapa kadar caruman untuk pelan ini, sila hubungi saya melalui pelbagai cara seperti di sebelah.

Family Medical Card: 1 Keluarga 1 Sijil

 

 

 

 

 

 

Keadaan ekonomi tidak menentu dengan harga barang yang semakin naik memerlukan kita untuk berbelanja dengan lebih bijak. Ini termasuk dalam menyediakan keperluan asas kepada keluarga anda. Memperkenalkan pelan perubatan keluarga; 1 Keluarga 1 Sijil yang telah dipertingkatkan demi melawan kadar inflasi yang semakin meningkat.

Apakah manfaat yang disediakan oleh 1 Keluarga 1 Sijil?

  1. Pilihan sama ada medikal kad sahaja atau berserta tabung simpanan.
  2. Pampasan kematian dan hilang upaya kepada pemegang sijil bagi pelan yang berserta tabung simpanan.
  3. Manfaat perubatan tanpa had seumur hidup dengan pilihan takaful ataupun insuran.

Apakah kelebihan yang terkandung dalam 1 Keluarga 1 sijil?

  1. Setiap ahli keluarga mempunyai jumlah perlindungan masing-masing. Tidak berkongsi antara satu sama lain. Sebagai contoh untuk pelan 150, setiap seorang ahli keluarga mempunyai perlindungan perubatan berjumlah R100,000 setahun, dan jika terdapat 6 orang ahli keluarga bermakna jumlah perlindungan untuk satu keluarga adalah RM100,000 x 6 = RM600,000 setahun.
  2. Kad medikal (medical card) akan diberi untuk memudahkan kemasukan pemegang sijil dan ahli keluarga ke hospital swasta.
  3. Bagi hospital panel, kemasukan adalah tanpa tunai (cashless) dan tanpa deposit.
  4. Anda didahulukan dengan kaunter utama (priority counter di sesetengah panel hospital buat masa ini), jadi anda tidak perlu berebut dengan pesakit-pesakit lain.
  5. Tiada had seumur hidup untuk pemegang sijil. Ini bermakna jika sijil ini dipegang sehingga 20 tahun, jumlah perlindungan adalah RM100,000 x 20 tahun = RM2 Juta.
  6. Tiada ko-insuran atau Ko-takaful
  7. Nikmati perkhidmatan di seluruh dunia dengan menelefon talian perkhidmatan 24jam.

Jadual Manfaat

Jika anda tidak boleh melihat fail ini, boleh memuat turun dengan hanya klik pada butang download diatas.

Bagaimanakah kad ini berfungsi:

  • Kad anda akan “di swipe” utk kemudahan kemasukan hospital (swipe facility).
  • Deposit sebanyak RM2000 akan di caj ke atas kad (bukan duit anda sendiri)
  • Isi borang kemasukkan hospital untuk di reviu untuk pengeluaran surat jaminan.
  • Jika surat jaminan dikeluarkan, maka kemasukkan hospital ditanggung.
  • Jika surat jaminan tidak dikeluarkan maka pesakit perlu membayar jumlah bil semasa keluar hospital (bukan semasa masuk)

Contoh:

Encik Ahmad berumur 30 tahun dan isteri beliau berumur 29 tahun, beliau dan isteri mempunyai anak seramai 3 orang iaitu masing-masing lelaki 5 tahun, perermpuan 3 tahun dan lelaki setahun. Encik Ahmad telah melanggan 1 Keluarga 1 Sijil kerana mendapati dengan 1 Keluarga 1 Sijil, beliau dapat berjimat disamping mendapat manfaat seperti berikut:

  1. Encik Ahmad:
    • Bilik dan makan hospital RM150
    • Limit tahunan RM100,000
    • Limit seumur hidup – tiada
  2. Isteri:
    • Bilik dan makan hospital RM150
    • Limit tahunan RM10,000
    • Limit seumur hidup – tiada
  3. Anak lelaki 5 tahun:
    • Bilik dan makan hospital RM150
    • Limit tahunan RM100,000
    • Limit seumur hidup – tiada
  4. Anak perempuan 3 tahun:
    • Bilik dan makan hospital RM150
    • Limit tahunan RM100,000
    • Limit seumur hidup – tiada
  5. Anak lelaki setahun:
    • Bilik dan makan hospital RM150
    • Limit tahunan RM100,000
    • Limit seumur hidup – tiada

Kesimpulan: Jadi dengan caruman sebanyak RM299.89 sebulan membolehkan encik Ahmad mendapat manfaat perlindungan perubatan untuk seisi keluarga beliau sebanyak RM500,000 setahun.

Untuk mendapatkan sebutharga, sila email saya di rafi@takafulandinsurance.com atau WhatsApp di 012 670 8042

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...