Tag Archives: AIA

Insuran Hayat Bertempoh

Sedang mencari insuran hayat (life insurance) untuk melindungi pendapatan (income protection) atau untuk pembatalan hutang seperti hutang kenderaan tapi tidak mahu yang mahal dan sukar difahami. Anda berada di laman yang tepat.

Insuran hayat bertempoh ini menyediakan perlindungan insuran (life coverage) mengikut tempoh yang anda perlukan saja. Tempoh-tempoh yang ada seperti berikut:

Jenis-Jenis Pelan:

  • Level Term – Perlindungan sehingga umur tertentu seperti untuk tempoh 10, 15, 20, 25 tahun atau matang pada umur 55, 60, 65, 70, 75, 80 tahun.
  • 5-year term – Perlindungan untuk jangka masa tetap selama 5 tahun dengan pilihan untuk perbaharui pada tempoh tamat. Maksimum umur 70 tahun.

Soalan-Soalan Yang Kerap Ditanya:

Q: Umur minimum dan maksimum penyertaan?
A: Minimum 16 tahun dan maksimum 65 tahun.

Q: Jumlah minimum dan maksimum insuran?
A: Minimum RM25,000 dan maksimum tertakluk kepada syarikat

Q: Adakah dijamin untuk perbaharui?
A: Ya, tapi tidak boleh kurang dari RM25,000

Q: Adakah premium terjamin?
A: Ya, ia terjamin.

Q: Apakah ada yuran dan caj yang perlu dibayar?
A: Tidak, selain premium tiada yuran dan caj lain yang perlu dibayar

Q: Contoh premium?
A: Bagi level term untuk 15 tahun dengan jumlah perlindungan RM100,000 untuk Lelaki, umur 35 tahun, merokok dan pekerjaan kelas 1 atau 2 adalah RM373 setahun atau RM96.05 setiap 3 bulan.

Bagi 5-year term dengan jumlah perlindungan RM100,000 untuk lelaki, umur 35 tahun, merokok dan pekerjaan kelas 1 atau 2 adalah RM250 setahun atau RM128.75 setengah tahun.

Dapatkan sebutharga percuma sekarang. Hubungi saya melalui email di rafi@takafulandinsurance.com atau WhatsApp https://wa.me/60182029002

Perlindungan Hayat dan Hibah

20130908-213303.jpg
Tahukah anda tentang pelan hibah?  Dan tahukah anda yang pelan hibah ini menyelesaikan masalah warisan dan legasi anda dengan lebih murah dan ringkas?

Sebagai contoh, anda sebagai isteri mesti ada terfikir bagaimana jika suami meninggal dunia dan harta yang ditinggalkan? Adakah keluarga lain akan berebut?

Kalau ada rumah perlu jual dulu sebelum dibahagikan antara ahli keluarga. Kalau hendak beli tanah berapa luas pula perlu dibeli? Nilai pula ditentukan oleh pasaran dan diluar kawalan anda. Jadi bagaimana jika ada satu penyelesaian yang mana anda sendiri tentukan berapa nilai anda mahukan sekarang. Maksud saya, anda sendiri tetapkan berapa nilai anda mahukan pada permulaan.

Jadi, disini saya ingin berkongsi tentang hibah kepada anda. Hibah atau bermaksud hadiah dalam bahasa melayu adalah kelebihan yg diberikan kepada anda dari awal semasa pelan ini dimulakan.

Dan ia bukan sahaja tertakluk kepada keluarga, bahkan ia membolehkan anda untuk mewarisi sedikit peninggalan kepada anak angkat, syarikat-syarikat, tabung yayasan mahupun anak-anak yatim.

Hubungi saya melalui email di rafi@takafulandinsurance.com atau WhatsApp di https://wa.me/60182029002 sebelah atau dibawah jika anda menggunakan mod mobile) sekarang dan saya akan kongsikan pelan hibah terbaik untuk anda .

Pelan Tuntutan Awal Penyakit Kritikal

Tahukah anda, kebanyakkan penyakit kritikal dapat diselamatkan jika dikesan dan dirawat lebih awal? Kemajuan teknologi perubatan sekarang memudahkan kita mengesan tanda-tanda awal penyakit yang akan menyebabkan penyakit itu menjadi penyakit kritikal.

Oleh itu, pelan ini adalah penyelesaian kewangan kepada kita yang mana kita boleh membuat tuntutan sekiranya menghidap salah satu daripada 95 jenis penyakit.

Pelan ini adalah pelan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif yang membolehkan anda membuat tuntutan apabila didiagnosiskan mana-mana satu peristiwa penyakit kritikal yang dilindungi. Terdapat sebanyak 92 peristiwa penyakit kritikal dilindungi dan bergantung kepada tahap keparahan iaitu – Keparahan Ringan, Keparahan Sederhana dan Keparahan Serius,pembayaran sebanyak 30%, 60% dan 100% daripada jumlah diinsuranskan akan dibuat masing-masing. Selain daripada itu, pelan ini juga membayar manfaat tambahan bersamaan dengan 20% daripada jumlah diinsuranskan bagi mana-mana satu 3 penyakit berkaitan diabetic yang dilindungi.

Jadi apakah manfaat yang disediakan oleh pelan ini?

  • Perlindungan penyakit kritikal pada peringkat awal
  • Perlindungan komprehensif
  • Manfaat tambahan untuk Penyakit Berkaitan Diabetik
  • Pelbagai tuntutan dibenarkan tanpa tempoh tangguh
  • Perkongsian keuntungan (jika ada) sebanyak 50:50 daripada lebihan underwriting.

Bagaimana Pelan ini dibayar?

Kita andaikan Encik A, mencarum Early CI dengan jumlah perlindungan RM100,000.

Senario 1: kategori penyakit yang sama (Strok)

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Pembedahan Aneurisme Otak, Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – pembedahan Arteri Karotid, Keparahan – sederhana, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa – Strok, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

Senario 2: kategori penyakit berlainan

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – Perikardektomi (pintasan arteri), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa – Kanser, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

Senario 3: Kategori penyakit berbeza dan manfaat tambahan penyakit berkaitan diabetic.

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Pembedahan Aneurisme Otak (strok), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – Pembedahan untuk Diabetik Retinopati Jenis 2, Keparahan – tidak berkait, Jumlah: RM20,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa –  Kanser Pembuangan Satu Paru-Paru Menerusi Pembedahan, Keparahan – sederhana, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan keempat: Peristiwa –  Pembedahan Otak, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

Senarai peristiwa penyakit yang dilindungi:

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin mendapatkan sebutharga mengikut jumlah perlindungan yang dimahukan, sila hubungi saya melalui email di rafi@takafulandinsurance.com atau WhatsApp di https://wa.me/60182029002
.

Insuran Kemalangan Berkelompok

Group Personal Accident atau Insuran kemalangan berkelompok adalah satu pakej insuran kemalangan yang direka khas untuk melindungi sekumpulan pekerja atau pelajar dari apa jua jenis kemalangan.

Kategori Risiko yang dilindungi:

  • Jangka pendek – sesuai untuk kumpulan yang menghadiri aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau mengembara atau apa-apa aktiviti jangka pendek.
  • Sekolah – melindungi para pelajar di peringkat tadika, sekolah rendah  serta menengah dan tidak lupa juga untuk keselamatan pelajar yang pergi ke tuisyen.
  • Universiti – melindungi pelajar-pelajar kolej dan universiti tidak kira dalam atau luar negara.
  • Pekerja – melindungi aset paling berharga, iaitu pekerja anda.
  • Custom-made – menyediakan pakej mengikut kemahuan dan kehendak anda.

Manfaat-manfaat yang disediakan:

  1. Kematian akibat kemalangan dan hilang upaya.
  2. Ganti balik perubatan akibat kemalangan.
  3. Kecacatan akibat kemalangan.
  4. Ganti rugi mingguan (dengan MC)
  5. Elaun hospital harian.
  6. Manfaat pembedahan.
  7. Yuran laporan perubatan dan ambulan.
  8. Pembelian kerusi roda dan anggota badan palsu.
  9. Pemindahan perubatan kecemasan dan repatriasi.
  10. Khairat kematian.

Bagi syarikat-syarikat, sekolah-sekolah, instistusi-institusi mahupun kelab-kelab yang mahu mendapatkan insuran kemalangan berkelompok ini boleh hantarkan email atau telefon kepada no yang tertera disebelah.

 

Family Medical Card: 1 Keluarga 1 Sijil

 

Kelebihan

Satu medikal kad untuk setiap orang. Ini bermakna, jika seorang maka akan dapat satu kad. Tapi jika 6 orang iaitu suami, isteri dan 4 orang anak maka akan dapat 6 kad.

Panel – Platinum Hospital menjadikan kemasukan hospital sangat mudah.

Setiap kad ada had tahunan tersendiri, bukan berkongsi.

Pilihan pelan yang berpatutan mengikut bajet kewangan anda.

Pilihan

Takaful dengan deduktibel RM 300 setiap kejadian. Ini bermakna setiap kemasukan hospital, anda perlu membayar RM300 untuk pertama kali, dan tidak perlu membayar lagi jika kejadian yang sama memerlukan kemasukan hospital sekali lagi.

Konvensional dengan kemasukan tanpa tunai. Hanya perlu medikal kad dan kad pengenalan.

Berminat?

Dapatkan sebutharga percuma dengan menghubungi saya melalui antara dua kaedah dibawah:

Email: rafi@takafulandinsurance.com

WhatsApp: +6 018 202 9002 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...