Tag Archives: group accident insurance

Insuran Kemalangan Berkelompok – Jangka Pendek

Adakah anda sedang mencari insuran kemalangan berkelompok untuk melindungi ahli-ahli organisasi anda yang akan mengadakan aktiviti seperti perkhemahan atau sebagainya? Jika ya, anda berada di tempat yang betul.

Maklumat ringkas:

  1. Minimum peserta adalah 5 orang atau minimum premium RM200 atau RM5 seorang.
  2. Perlindungan hanya untuk didalam Malaysia sahaja, jika diluar Malaysia, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
  3. Maksud jangka pendek adalah dibawah satu tahun.
  4. Usia peserta adalah diatas 2 tahun, namun masih tertakluk kepada budi bicara syarikat insuran untuk meluluskannya.
  5. Jumlah bayaran mestilah ditambah dengan duti setem RM10 dan SST 6%.

Bagaimana Memohon:

  1. Emailkan saya, di rafi@takafulandinsurance.com tentatif program dan sedikit maklumat seperti nama penganjur, alamat penganjur dan nama program.
  2. Saya akan menyediakan sebut harga.
  3. Jika pihak anda setuju, sediakan bayaran dan email semula borang yang diterima beserta cop dan tandatangan,
  4. Saya akan hantar Cover Note.
  5. Polisi akan dipos ke alamat penganjur.

Untuk mendapatkan sebutharga, sila email saya di rafi@takafulandinsurance.com atau WhatsApp di https://wa.me/60182029002

Insuran Kemalangan Berkelompok

Group Personal Accident atau Insuran kemalangan berkelompok adalah satu pakej insuran kemalangan yang direka khas untuk melindungi sekumpulan pekerja atau pelajar dari apa jua jenis kemalangan.

Kategori Risiko yang dilindungi:

  • Jangka pendek – sesuai untuk kumpulan yang menghadiri aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau mengembara atau apa-apa aktiviti jangka pendek.
  • Sekolah – melindungi para pelajar di peringkat tadika, sekolah rendah  serta menengah dan tidak lupa juga untuk keselamatan pelajar yang pergi ke tuisyen.
  • Universiti – melindungi pelajar-pelajar kolej dan universiti tidak kira dalam atau luar negara.
  • Pekerja – melindungi aset paling berharga, iaitu pekerja anda.
  • Custom-made – menyediakan pakej mengikut kemahuan dan kehendak anda.

Manfaat-manfaat yang disediakan:

  1. Kematian akibat kemalangan dan hilang upaya.
  2. Ganti balik perubatan akibat kemalangan.
  3. Kecacatan akibat kemalangan.
  4. Ganti rugi mingguan (dengan MC)
  5. Elaun hospital harian.
  6. Manfaat pembedahan.
  7. Yuran laporan perubatan dan ambulan.
  8. Pembelian kerusi roda dan anggota badan palsu.
  9. Pemindahan perubatan kecemasan dan repatriasi.
  10. Khairat kematian.

Bagi syarikat-syarikat, sekolah-sekolah, instistusi-institusi mahupun kelab-kelab yang mahu mendapatkan insuran kemalangan berkelompok ini boleh hantarkan email atau telefon kepada no yang tertera disebelah.

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...