Tag Archives: insuran kemalangan

Travel Insurance

Ini adalah insuran perjalanan yang anda perlukan yang menawarkan perlindungan komprehensif dengan lebih nilai dan ketenangan minda sama ada anda berjalan ke luar negara atau didalam negara dan sama ada setiap perjalanan mahupun secara tahunan.

Antara manfaat yang disediakan:

  • Kemalangan maut dan hilang upaya kekal
  • Perbelanjaan perubatan komprehensif
  • Perlindungan untuk kesulitan perjalanan seperti:
    • Kehilangan dokumen perjalanan dan wang
    • Penangguhan perjalanan (travel delay)
    • Pembatalan perjalanan (travel cancellation).
    • Kehilangan bagasi
    • Dan bermacam-macam lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui berapa premium yang anda perlu bayar, cuma maklumkan saya:

  • Destinasi
  • Tarikh bertolak dan balik.

dan email ke rafi@takafulandinsurance.com atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 012-670 8042

Pelan Perlindungan Wanita

executive lady

Anda seorang wanita yang berkerjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja serta peribadi. Anda pasti perlukan sebuah pelan yang dicipta khas untuk anda. Pelan perlindungan wanita ini memang telah dicipta khas untuk wanita yang bekerjaya yang sentiasa sibuk tidak kira dirumah mahupun dipejabat.

Pelan ini mengandungi faedah-faedah seperti berikut:

  • Risiko semasa mengandung atau bersalin – kematian akibat keguguran atau komplikasi semasa mengandungkan anak berjumlah RM12,500.
  • Bayaran balik perubatan akibat kemalangan berjumlah RM5,000.
  • Pembinaan semula muka dan rawatan pergigian akibat kemalangan berjumlah RM10,000.
  • Elaun harian dihospital akibat kemalangan berjumlah RM100 sehari.
  • Perbelanjaan perkuburan berjumlah RM10,000.
  • Bonus berjumlah RM1,000 jika melahirkan anak kembar.
  • Risiko akibat kejadian ragut atau rompakan – pampasan berjumlah RM2,000 akan dibayar.
  • Risiko HIV akibat pemindahan darah – pampasan RM2,500 akan dibayar.
  • Rawatan dirumah oleh home nursing care sebanyak RM150 sehari sehingga 30 hari.
  • Risiko gangguan seksual – Bayaran balik sehingga RM5,000 untuk kos perundangan atau perbelanjaan semasa proses perundangan.
  • Kematian akibat kemalangan – pampasan berjumlah RM50,000 akan dibayar.
  • Hilang upaya kekal – pampasan berjumlah RM50,000 akan dibayar.
  • Untuk manfaat yang seterusnya, sila rujuk polisi.

Tahukah anda, untuk segala macam faedah seperti tertera diatas, anda tidak perlu membayar RM1,000 atau, RM1,800. Tapi anda hanya perlu membayar RM185 (sebelum GST dan stamp duty) untuk setahun. Ya, hanya RM185 setahun!

Jika berminat, sila hubungi saya melalui maklumat perhubungan yang tertera di sebelah (atau bawah, jika anda menggunakan peranti mudah alih)

Insuran Kemalangan Berkelompok: Taska, Tadika, Sekolah Dan Pusat Tuisyen

back-to-school-2

 

Adakah anda sedang mencari insuran kelompok untuk pusat taska / tadika anda? Atau anda seorang pengurus pusat tuisyen yang memerlukan insuran bagi pelajar anda? Atau pun sekolah rendah / menengah anda mahukan pelan insuran yang lebih baik dari yang sedia ada?

Anda berada di tempat yang betul..

Memperkenalkan Student Accident Shield yang mana ia adalah pelan kemalangan kelompok yang melindungi pelajar-pelajar anda bermula dari umur 2 tahun. Untuk senarai manfaat, sila rujuk jadual dibawah (jika taska anda mempunyai kanak-kanak berumur bawah 2 tahun, hubungi saya untuk pakej yang berlainan):

Kelebihan-kelebihan:

  • Umur kemasukan adalah antara 2 – 21 tahun.
  • Minimum jumlah pelajar adalah 20 orang.
  • Percuma perlindungan kepada guru-guru, pengetua, staf-staf kerani seperti jadual diatas (kecuali elaun pendidikan).
  • Hanya satu nombor polisi.

Jadi apakah yang dikatakan kemalangan? – adalah kecederaan anggota badan yang mana ia diperolehi dari kemalangan dan bebas dari punca-punca lain. Jenis-jenis kemalangan seperti:

  • Tidak semestinya kecederaan luaran.
  • Menyedut gas beracun ataupun lemas
  • Keracunan makanan
  • Gigitan ular dan serangga
  • Mabuk
  • Dari permainan mahupun sukan
  • Dibunuh atau dirompak.
  • Rusuhan dan kekecohan awam
  • Kebakaran
  • Menunggang motosikal
  • Kejadian alam semula jadi

Untuk maklumat lanjut, sila email saya di rafi@takafulandinsurance.com atau SMS/Telegram/WhatsApp saya di 012 670 8042

 

Pelan Kemalangan Keluarga: 1 Keluarga 1 Polisi

Anda sedang berjimat? Dan sedang menyusun semula pelan-pelan insuran anda, untuk melihat apa yang boleh dipotong bagi menjimatkan perbelanjaan bulanan/tahunan anda?

Bagaimana jika ada pelan yang mempunyai nilai perlindungan dengan anggaran RM500,000 untuk keluarga anda pada kadar bayaran sebanyak RM435 setahun? Berminat? Jika ya, sila teruskan bacaan anda…..

Pertama sekali, kita perlu tahu maksud kemalangan terlebih dahulu bagi melihat bagaimana komprehensif perlindungan yang ditawarkan.

  • Tidak semestinya kecederaan luaran.
  • Menyedut gas beracun ataupun lemas
  • Keracunan makanan
  • Gigitan ular dan serangga
  • Mabuk
  • Dari permainan mahupun sukan
  • Dibunuh atau dirompak.
  • Rusuhan dan kekecohan awam
  • Kebakaran
  • Menunggang motosikal
  • Kejadian alam semula jadi

Jadi disini saya ingin memperkenalkan pelan kemalangan yang menyeluruh termasuk melindungi isteri dan anak-anak anda. Contoh adalah seperti berikut:

Ahmad dan isteri mempunya 3 orang anak, dan beliau berpendapat di kala kehidupan yang diluar jangkaan, beliau memerlukan pelan kemalangan yang lengkap dan murah untuk beliau dan keluarga beliau. Jadi beliau memilih 1 Keluarga 1 Polisi dan mendapat nilai perlindungan seperti berikut:

Ahmad:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM100,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM5,000
  • Elaun hilang upaya setiap tahun (max 10thn): RM10,000
  • Waiver

Isteri:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM100,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM5,000

Anak pertama:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM25,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM2,500

Anak kedua:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM25,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM2,500

Anak ketiga:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: RM50,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM25,000
  • Faedah pembayaran balik perubatan: RM2,500

 

Dengan nilai perlindungan seperti diatas, kos yang perlu ditanggung oleh Ahmad adalah RM435 sahaja atau bersamaan RM36.25 sebulan. (Duti Setem RM10 perlu dibayar bagi polisi kemalangan).

Maksud-maksud faedah:

  • Faedah kehidupan akibat kemalangan: Jika anda / pasangan / anak anda mengalami kecederaan akibat kemalangan dan mengalami salah satu sama ada kehilangan anggota atau hilang upaya menyeluruh dan kekal, sejumlah amaun perlindungan seperti tertera akan dibayar.
  • Faedah kematian akibat kemalangan: Jika anda / pasangan / anak anda mengalami kecederaan akibat kemalangan dan mengalami kehilangan nyawa dalam tempoh 365 hari dari berlaku kemalangan, jumlah amaun perlindungan seperti tertera akan dibayar.
  • Faedah pembayaran balik perubatan: Anda akan dibayar balik untuk perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda / pasangan / anak sehingga jumlah seperti yang tertera.
  • Elaun hilang upaya: Selain dari bayaran untuk faedah kehidupan, anda akan menerima amaun perlindungan seperti yang tertera setiap tahun selama maksimum 10 tahun jika mengalami perkara seperti hilang upaya menyeluruh dan kekal, buta kedua-dua / satu mata, hilang upaya pertuturan dan pendengaran, kehilangan keupayaan dua / satu kaki / tangan, ketaksiuman yang kekal dan lumpuh menyeluruh.
  • Waiver: Setelah pembayaran faedah kematian akibat kemalangan atau faedah kehidupan akibat kemalangan, bayaran premium akan datang akan dikecualikan ke atas pasangan / anak anda.

Tambahan manfaat:

  • Bonus pembaharuan: Jika anda memperbaharui pelan kemalangan keluarga ini, polisi anda akan menerima 5% bonus pembaharuan keatas amaun faedah kehidupan akibat kemalangan sehingga maksimum RM300,000 atau lapan tahun polisi.

Siapa yang layak memohon:

  • Pemunya polisi / pasangan: umur dari 16 ke 70 tahun dan daripada kelas pekerjaan 1 – 4. Boleh diperbaharui sehingga 75 tahun.
  • Anak: 1 bulan – 18 tahun dan boleh diperbaharuai sehingga 23 tahun dengan syarat belum berkahwin dan belum bekerja.

Tempoh menunggu:

Tempoh menunggu adalah selama 12 bulan dari tarikh kemalangan bagi sebarang bayaran faedah seperti:

  • Hilang anggota seperti di bawah faedah kehidupan akibat kemalangan (kecuali kehilangan satu / dua kaki / tangan, pemendekan kaki atau patah kaki)
  • Hilang upaya menyeluruh dan kekal
  • Elaun hilang upaya

Jika anda juga mahukan pelan kemalangan keluarga seperti Ahmad, sila hubungi saya melalui email atau whatsapp seperti yang tertera disebelah.

Insuran Kemalangan Berkelompok – Jangka Pendek

Adakah anda sedang mencari insuran kemalangan berkelompok untuk melindungi ahli-ahli organisasi anda yang akan mengadakan aktiviti seperti perkhemahan atau sebagainya? Jika ya, anda berada di tempat yang betul.

Maklumat ringkas:

  1. Minimum peserta adalah 5 orang atau minimum premium RM200 atau RM5 seorang.
  2. Perlindungan hanya untuk didalam Malaysia sahaja, jika diluar Malaysia, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
  3. Maksud jangka pendek adalah dibawah satu tahun.
  4. Usia peserta adalah diatas 2 tahun, namun masih tertakluk kepada budi bicara syarikat insuran untuk meluluskannya.
  5. Jumlah bayaran mestilah ditambah dengan duti setem RM10 dan GST 6%.

Bagaimana Memohon:

  1. Emailkan saya, di rafi@takafulandinsurance.com tentatif program dan sedikit maklumat seperti nama penganjur, alamat penganjur dan nama program.
  2. Saya akan menyediakan sebut harga.
  3. Jika pihak anda setuju, sediakan bayaran dan email semula borang yang diterima beserta cop dan tandatangan,
  4. Saya akan hantar Cover Note.
  5. Polisi akan dipos ke alamat penganjur.

Untuk mendapatkan sebutharga, sila email saya di rafi@takafulandinsurance.com atau WhatsApp di 012 670 8042.

Insuran Kemalangan Berkelompok

Group Personal Accident atau Insuran kemalangan berkelompok adalah satu pakej insuran kemalangan yang direka khas untuk melindungi sekumpulan pekerja atau pelajar dari apa jua jenis kemalangan.

Kategori Risiko yang dilindungi:

  1. Jangka pendek – sesuai untuk kumpulan yang menghadiri aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau mengembara atau apa-apa aktiviti jangka pendek.
  2. Sekolah Рmelindungi para pelajar di peringkat tadika, sekolah rendah  serta menengah dan tidak lupa juga untuk keselamatan pelajar yang pergi ke tuisyen.
  3. Universiti – melindungi pelajar-pelajar kolej dan universiti tidak kira dalam atau luar negara.
  4. Pekerja – melindungi aset paling berharga, iaitu pekerja anda.
  5. Custom-made – menyediakan pakej mengikut kemahuan dan kehendak anda.

Manfaat-manfaat yang disediakan:

  1. Kematian akibat kemalangan dan hilang upaya.
  2. Ganti balik perubatan akibat kemalangan.
  3. Kecacatan akibat kemalangan.
  4. Ganti rugi mingguan (dengan MC)
  5. Elaun hospital harian.
  6. Manfaat pembedahan.
  7. Yuran laporan perubatan dan ambulan.
  8. Pembelian kerusi roda dan anggota badan palsu.
  9. Pemindahan perubatan kecemasan dan repatriasi.
  10. Khairat kematian.

 

Bagi syarikat-syarikat, sekolah-sekolah, instistusi-institusi mahupun kelab-kelab yang mahu mendapatkan insuran kemalangan berkelompok ini boleh hantarkan email atau telefon kepada no yang tertera disebelah.