Tag Archives: penyakit kritikal

Pelan Perlindungan Kanser

cara-mudah-mencapai-cita-cita-finansial-keluarga-anda

Pada tahun 2014, kanser telah mengambil alih penyakit jantung sebagai penyakit pembunuh no 1 di Malaysia. Dan kanser masih salah satu dari 5 penyebab utama kematian di Malaysia.

Perkembangan bidang perubatan masa kini membawa berita yang baik dimana peluang anda untuk pulih sepenuhnya daripada kanser adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ini kerana pengesanan kanser pada peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa dan fakta menunjukkan 95% kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

Jadi Pelan Perlindungan Kanser telah dicipta bagi mempersiapkan kita dari segi kewangan sekiranya perkara berkait penyakit kanser berlaku. Antara manfaat yang disediakan didalam pelan ini adalah:

  1. Perlindungan kanser peringkat awal
    • Pembayaran 30% dari jumlah dilindungi sekiranya disahkan mengalami:
      • karsinoma-in-situ
      • kanser prostat awal
      • kanser tiriod awal
      • kanser pundi awal
      • Leukemia Limfositik Kronik Awal
    • Bayaran pemulihan: 10% dari nilai dilindungi pada bulan ke-6 dan ke-12 dari tarikh disahkan mengidap penyakit kanser peringkat awal.
    • Manfaat set semula: Jumlah Dilindungi akan diset semula kepada 100% selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal.
  2. Perlindungan Kanser
    • Bayaran 100% dari jumlah dilindungi.
    • Bayaran lanjutan tambahan: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser dan setiap tahun selama 5 tahun.
  3. Pembayaran pada tempoh matang: bayaran sebanyak 100% dari jumlah dilindungi pada tarikh matang sijil.
  4. Manfaat kematian: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi atau Nilai Serahan, mana-mana yang lebih tinggi. Namun sekiranya kematian berlaku pada 2 tahun awal sijil bukan disebabkan oleh kemalangan, maka hanya jumlah sumbangan yang akan dipulangkan.

Soalan yang kerap ditanya:

  • Umur penyertaan?: Pelan ini disediakan untuk individu berumur di antara 14 hari dan 60 tahun.
  • Tempoh perlindungan?: Pelan ini menyediakan perlindungan sehingga umur 80.
  • Jumlah perlindungan minimum?: Jumlah Dilindungi minimum ialah RM 50,000. Terdapat 6 jenis pelan perlindungan yang boleh didapati, setiap unit bersamaan dengan Jumlah Dilindungi sebanyak RM 50,000.
  • Adakah caruman akan meningkat?: Kadar Caruman adalah tetap dan berdasarkan umur semasa pelan dikeluarkan

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengetahui berapa kadar caruman untuk pelan ini, sila hubungi saya melalui pelbagai cara seperti di sebelah.

EPCI: Pelan Tuntutan Awal Penyakit Kritikal

Tahukah anda, kebanyakkan penyakit kritikal dapat diselamatkan jika dikesan dan dirawat lebih awal? Kemajuan teknologi perubatan sekarang memudahkan kita mengesan tanda-tanda awal penyakit yang akan menyebabkan penyakit itu menjadi penyakit kritikal.

Oleh itu, AATB telah memperkenal Early CI sebagai penyelesaian kewangan kepada kita yang mana kita boleh membuat tuntutan sekiranya menghidap salah satu daripada 95 jenis penyakit.

Early CI adalah pelan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif yang membolehkan anda membuat tuntutan apabila didiagnosiskan mana-mana satu peristiwa penyakit kritikal yang dilindungi. Terdapat sebanyak 92 peristiwa penyakit kritikal dilindungi dan bergantung kepada tahap keparahan iaitu – Keparahan Ringan, Keparahan Sederhana dan Keparahan Serius,pembayaran sebanyak 30%, 60% dan 100% daripada jumlah diinsuranskan akan dibuat masing-masing. Selain daripada itu, pelan ini juga membayar manfaat tambahan bersamaan dengan 20% daripada jumlah diinsuranskan bagi mana-mana satu 3 penyakit berkaitan diabetic yang dilindungi.

Jadi apakah manfaat yang disediakan oleh pelan ini?

  • Perlindungan penyakit kritikal pada peringkat awal
  • Perlindungan komprehensif
  • Manfaat tambahan untuk Penyakit Berkaitan Diabetik
  • Pelbagai tuntutan dibenarkan tanpa tempoh tangguh
  • Perkongsian keuntungan (jika ada) sebanyak 50:50 daripada lebihan underwriting.

 

Bagaimana Early CI ini dibayar?

Kita andaikan Encik A, mencarum Early CI dengan jumlah perlindungan RM100,000.

Senario 1: kategori penyakit yang sama (Strok)

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Pembedahan Aneurisme Otak, Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – pembedahan Arteri Karotid, Keparahan – sederhana, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa – Strok, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

 

Senario 2: kategori penyakit berlainan

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – Perikardektomi (pintasan arteri), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa – Kanser, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

 

Senario 3: Kategori penyakit berbeza dan manfaat tambahan penyakit berkaitan diabetic.

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Pembedahan Aneurisme Otak (strok), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – Pembedahan untuk Diabetik Retinopati Jenis 2, Keparahan – tidak berkait, Jumlah: RM20,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa –  Kanser Pembuangan Satu Paru-Paru Menerusi Pembedahan, Keparahan – sederhana, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan keempat: Peristiwa –  Pembedahan Otak, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

 

Senarai peristiwa penyakit yang dilindungi:

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin mendapatkan sebutharga mengikut jumlah perlindungan yang encik mahukan, sila hubungi saya melalui maklumat hubungan seperti disebelah
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...