Tag Archives: takaful

Pelan Perlindungan Kanser

cara-mudah-mencapai-cita-cita-finansial-keluarga-anda

Pada tahun 2014, kanser telah mengambil alih penyakit jantung sebagai penyakit pembunuh no 1 di Malaysia. Dan kanser masih salah satu dari 5 penyebab utama kematian di Malaysia.

Perkembangan bidang perubatan masa kini membawa berita yang baik dimana peluang anda untuk pulih sepenuhnya daripada kanser adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ini kerana pengesanan kanser pada peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa dan fakta menunjukkan 95% kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

Jadi Pelan Perlindungan Kanser telah dicipta bagi mempersiapkan kita dari segi kewangan sekiranya perkara berkait penyakit kanser berlaku. Antara manfaat yang disediakan didalam pelan ini adalah:

  1. Perlindungan kanser peringkat awal
    • Pembayaran 30% dari jumlah dilindungi sekiranya disahkan mengalami:
      • karsinoma-in-situ
      • kanser prostat awal
      • kanser tiriod awal
      • kanser pundi awal
      • Leukemia Limfositik Kronik Awal
    • Bayaran pemulihan: 10% dari nilai dilindungi pada bulan ke-6 dan ke-12 dari tarikh disahkan mengidap penyakit kanser peringkat awal.
    • Manfaat set semula: Jumlah Dilindungi akan diset semula kepada 100% selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal.
  2. Perlindungan Kanser
    • Bayaran 100% dari jumlah dilindungi.
    • Bayaran lanjutan tambahan: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis Kanser dan setiap tahun selama 5 tahun.
  3. Pembayaran pada tempoh matang: bayaran sebanyak 100% dari jumlah dilindungi pada tarikh matang sijil.
  4. Manfaat kematian: bayaran sebanyak 10% daripada Jumlah Dilindungi atau Nilai Serahan, mana-mana yang lebih tinggi. Namun sekiranya kematian berlaku pada 2 tahun awal sijil bukan disebabkan oleh kemalangan, maka hanya jumlah sumbangan yang akan dipulangkan.

Soalan yang kerap ditanya:

  • Umur penyertaan?: Pelan ini disediakan untuk individu berumur di antara 14 hari dan 60 tahun.
  • Tempoh perlindungan?: Pelan ini menyediakan perlindungan sehingga umur 80.
  • Jumlah perlindungan minimum?: Jumlah Dilindungi minimum ialah RM 50,000. Terdapat 6 jenis pelan perlindungan yang boleh didapati, setiap unit bersamaan dengan Jumlah Dilindungi sebanyak RM 50,000.
  • Adakah caruman akan meningkat?: Kadar Caruman adalah tetap dan berdasarkan umur semasa pelan dikeluarkan

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengetahui berapa kadar caruman untuk pelan ini, sila hubungi saya melalui pelbagai cara seperti di sebelah.

Perlindungan Hayat dan Hibah

20130908-213303.jpg
Adakah anda sedang mencari-cari pelan takaful/insuran sebagai exit-strategy atau estate-planning?

Anda mungkin pernah berfikir bagaimana nasib isteri dan anak-anak sekiranya anda sudah tiada lagi.

Ingin meninggalkan harta belum ada lagi kerana semua masih dalam hutang. Empunya adalah bank. Maka apabila anda sudah tiada lagi mungkin tidak meninggalkan apa-apa pada mereka.

Jika rumah sudah ada MRTA dan pinjaman peribadi sudah ada insuran mungkin ringan sedikit kepala. Tapi bagaimana hendak pastikan isteri dan anak-anak mendapat yang sepatutnya.

Jadi, disini saya ingin berkongsi tentang hibah kepada anda. Hibah atau bermaksud hadiah dalam bahasa melayu adalah kelebihan yg diberikan kepada anda dari awal semasa pelan perlindungan ini dimulakan.

Sebagai contoh, anda inginkan jumlah sebanyak RM500,000 utk dihadiahkan kepada isteri dan anak-anak, anda hanya perlu mengisi bahagian hibah dan ini tidak tertakluk oleh sistem faraid.

Jadi ia bukan sahaja tertakluk kepada keluarga, bahkan ia membolehkan anda untuk mewarisi sedikit peninggalan kepada anak angkat, syarikat-syarikat, tabung yayasan mahupun anak-anak yatim.

Jadi berapakah jumlah yang anda perlukan? Untuk pengetahuan anda, jumlah yang diperlukan adalah bergantung kepada anda sendiri terutamanya dari segi kewangan. Adakah anda dari segi kewangan mampu untuk mendapatkan jumlah perlindungan sebanyak RM1juta? RM2juta atau RM500k

Bagaimana? Apa pendapat anda? Sila hubungi saya pada cara yg ada disebelah (dibawah jika anda menggunakan mod mobile) jika anda memerlukan penerangan lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...