95 Penyakit Kritikal

 

Tahukah anda, kebanyakkan penyakit kritikal dapat diselamatkan jika dikesan dan dirawat lebih awal? Kemajuan teknologi perubatan sekarang memudahkan kita mengesan tanda-tanda awal penyakit yang akan menyebabkan penyakit itu menjadi penyakit kritikal.

Oleh itu, pelan ini adalah penyelesaian kewangan kepada kita yang mana kita boleh membuat tuntutan sekiranya menghidap salah satu daripada 95 jenis penyakit.

Pelan ini adalah pelan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif yang membolehkan anda membuat tuntutan apabila didiagnosiskan mana-mana satu peristiwa penyakit kritikal yang dilindungi. Terdapat sebanyak 95 peristiwa penyakit kritikal dilindungi dan bergantung kepada tahap keparahan iaitu – Keparahan Ringan, Keparahan Sederhana dan Keparahan Serius,pembayaran sebanyak 30%, 60% dan 100% daripada jumlah diinsuranskan akan dibuat masing-masing. Selain daripada itu, pelan ini juga membayar manfaat tambahan bersamaan dengan 20% daripada jumlah diinsuranskan bagi mana-mana satu 3 penyakit berkaitan diabetic yang dilindungi.

Jadi apakah manfaat yang disediakan oleh pelan ini?

  • Perlindungan penyakit kritikal pada peringkat awal
  • Perlindungan komprehensif
  • Manfaat tambahan untuk Penyakit Berkaitan Diabetik
  • Pelbagai tuntutan dibenarkan tanpa tempoh tangguh
  • Perkongsian keuntungan (jika ada) sebanyak 50:50 daripada lebihan underwriting.

 

Kita andaikan Encik A, mencarum Early CI dengan jumlah perlindungan RM100,000.

Senario 1: kategori penyakit yang sama (Strok)

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Pembedahan Aneurisme Otak, Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – pembedahan Arteri Karotid, Keparahan – sederhana, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa – Strok, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

Senario 2: kategori penyakit berlainan

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – Perikardektomi (pintasan arteri), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa – Kanser, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000

Senario 3: Kategori penyakit berbeza dan manfaat tambahan penyakit berkaitan diabetic.

  • Tuntutan pertama: Peristiwa – Pembedahan Aneurisme Otak (strok), Keparahan – ringan, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan kedua: Peristiwa – Pembedahan untuk Diabetik Retinopati Jenis 2, Keparahan – tidak berkait, Jumlah: RM20,000
  • Tuntuan ketiga: Peristiwa –  Kanser Pembuangan Satu Paru-Paru Menerusi Pembedahan, Keparahan – sederhana, Jumlah: RM30,000
  • Tuntuan keempat: Peristiwa –  Pembedahan Otak, Keparahan – serius, Jumlah: RM40,000
1
Soalan?
Soalan