Takaful Hayat dan Hibah

Terdapat dua pelan takaful hayat yang boleh dihibahkan yang direka khas untuk mereka yang menjadi punca pendapatan kepada keluarga. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang mana kedua-dua pasangan bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga.

☑️ 100% jumlah dilindungi untuk orang dinamakan.
☑️ Dilindungi dibawah undang-undang Syariah IFSA 2013
☑️ Pampasan dibayar seawal 5 hari.
☑️ Tiada yuran dikenakan
☑️ Dikendalikan oleh pengendali takaful.
☑️ Tidak boleh dicabar oleh sesiapa di mahkamah.

Manfaat:

  • Melindungi pasangan suami isteri dalam satu sijil. Ini bermakna pencarum boleh melindungi pasangannya sekali.
  • Penyelesaian yang lengkap dan mampu milik dengan caruman bermula kurang dari RM40 sebulan.
  • Sekiranya pasangan yang dilindungi meninggal dunia, pasangan yan masih hidup dibenarkan untuk membuat penukaran ke sijil individu.
  • Lebih mampu milik.
  • Pampasan dihibahkan seawal 5 hari


Contoh pelan dan caruman:

Kita buat senario Ramli, 30, tidak merokok dan bekerja pejabat manakala isteri beliau, juga 30, dan juga bekerja pejabat. Berapakah yang perlu mereka carum bagi pakej yang paling rendah sekali:

Ramli:

  • Faedah kematian biasa: RM50,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM100,000
  • Hilang upaya menyeluruh dan kekal: RM50,000
  • Tempoh matang: Nilai simpanan didalam akaun peserta.


Isteri Ramli:

  • Faedah kematian biasa: RM30,000
  • Faedah kematian akibat kemalangan: RM60,000


Caruman yang perlu mereka carum sebulan hanyalah RM58.77 sebulan bersamaan kurang dari RM2 sehari.

Disamping itu, Ramli juga boleh menambah dua lagi perlindungan tambahan yakni:

  • Waiver – Pengecualian daripada meneruskan caruman jika disahkan hilang upaya kekal atau penyakit kritikal.
  • Penyakit kritikal – Ramli boleh menuntut awal pampasan dari faedah kematiannya jika disahkan mendapat penyakit kritikal

Manfaat:

  • Sesuai untuk mereka yang memerlukan jumlah perlindungan yang tinggi namun dengan kadar caruman yang rendah.
  • Nilai perlindungan setinggi RM4,000,000 tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
  • Nilai pampasan hibah yang berubah mengikut keadaan seperti:
    1. 100% bagi kematian biasa.
    2. 200% bagi kematian disebabkan kemalangan atau semasa umrah/haji.
    3. 300% bagi kematian dalam pengangkutan awam.
    4. 600% bagi kematian disebabkan bencana alam.
  • Sesuai untuk dijadikan insuran/takaful bagi pinjaman perumahan.
  • Mempunyai pilihan untuk melabur dalam dana islamik sebagai top up caruman.


Contoh pelan dan caruman:

Kita buat senario Ramli, 35, tidak merokok. Berapakah yang perlu beliau carum sebulan bagi pakej berikut:

Ramli:

  1. 100% bagi kematian biasa – RM500,000
  2. 200% bagi kematian disebabkan kemalangan atau semasa umrah/haji – RM1,000,000
  3. 300% bagi kematian dalam pengangkutan awam – RM1,500,000
  4. 600% bagi kematian disebabkan bencana alam – 3,000,000
  5. Pengecualian caruman jika Ramli disahkan hilang upaya kekal atau mendapat penyakit kritikal.
  6. Hibah balasan yang diberikan sebanyak 3% setiap 2 tahun, dan 15% pada tahun ke 15 serta 20% tahun matang.


Bagi pakej diatas, Ramli hanya perlu mencarum RM250 sahaja sebulan.

Disamping itu, Ramli juga boleh menambah dua lagi perlindungan tambahan yakni:

  • Waiver – Pengecualian daripada meneruskan caruman jika disahkan hilang upaya kekal atau penyakit kritikal.
  • Penyakit kritikal – Ramli boleh menuntut awal pampasan dari faedah kematiannya jika disahkan mendapat penyakit kritikal.
  • Infaq – manfaat yang membolehkan Ramli menderma kepada organisasi memerlukan selepas meninggal dunia.
  • Saver – satu tabung pelaburan yang memberikan Ramli peluang melabur dalam dana pelaburan.

Untuk saya sediakan sebut harga, sila isi borang dibawah:

Produk yang mungkin anda berminat.......

1
Soalan?
Sebutharga?